About
Kami adalah sebuah firma guaman yang diasaskan oleh peguam Ken Yong Chie Man pada tahun 2008 di Sandakan, Sabah.
Sepanjang lebih 18 tahun beroperasi di Sabah, amalan kami melingkungi perundangan sivil dan komersil dan kami telah mewakili pelbagai anak guam yang berdepan dengan isu undang-undang kompleks dan mencabar di mahkamah. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang awam, penduduk kampung, kakitangan kerajaan, ahli perniagaan, orang berpangkat serta organisasi seperti syarikat, persatuan dan parti politik.
Kini kami memberi fokus khusus kepada amalan undang-undang jenayah. Bidang ini menuntut pendekatan tersendiri - analisis awal dan strategi lawan terhadap kes, proses soal balas (cross-examination) serta hujahan padu di peringkat perbicaraan manakala prosedur reman, jaminan dan rakaman keterangan oleh pihak berkuasa juga memerlukan kepakaran undang-undang serta kerjasama erat antara peguam dan anak guam.
Fokus sepenuhnya kepada undang-undang jenayah akan lebih membantu kami menyediakan representasi strategik dan berkesan kepada anak guam untuk menangani isu undang-undang, khususnya kes-kes jenayah.
Kami faham bahawa menguruskan sistem keadilan jenayah boleh menjadi sesuatu yang sangat membebankan. Dari saat anda menghubungi kami, peguam-peguam kami akan membimbing anda melalui setiap langkah proses perundangan. Ini termasuk:
Kami berazam untuk terus memberikan perkhidmatan undang-undang dengan mengambil arahan serta tindakan yang wajar, professional dan beretika dengan berpegang teguh kepada nilai usaha, ketekunan dan kerjasama kolaboratif bersama anak guam demi mencapai kejayaan dalam setiap kes yang diamanahkan, dan oleh itu kami akan mencabar bukti dengan tegas, memastikan proses sewajarnya dipatuhi, dan meneroka semua saluran undang-undang untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi kes anda.
B139, Lot 1347, Lorong Indah Jaya, Taman Indah Jaya Batu 4, 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia.
+016 626 5178
© KEN YONG & CO. All Rights Reserved.
Designed by Infosoft Solutions